Saksi Jehovah

Saksi Jehovah atau Saksi Yehovah adalah sebuah pertubuhan agama Kristian yang baru, lebih dikenal di dunia Barat sebagai Jehovah's Witnesses. Pertubuhan agama ini cuba mewujudkan pemulihan gerakan Kristian abad pertama yang dilakukan oleh para pengikut Jesus Christ. Adakalanya, kumpulan ini tidak dianggap sebagai pertubuhan agama. Tetapi jika dilihat daripada kegiatan mereka, ia mencerminkan sebuah kelompok agama daripada Kristian. Mahkamah Agung Eropah sendiri dalam banyak kes yang melibatkan anggota Saksi Jehovah memberi keputusan yang menguntungkan bagi hak-hak awam mereka dan mengakui kelompok ini sebagai agama. Prinsip tertinggi kehidupan mereka berdasarkan hukum-hukum dan prinsip-prinsip dari Kitab Suci atau Alkitab.Pejabat pusat pertubuhan ini terletak di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat. Mereka memiliki tiga daripada tujuh Badan Hukum di Amerika Syarikat untuk mempermudah pekerjaan mencetak dan mengagihkan risalah mereka, iaitu Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania (didirikan pada tahun 1884), Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. (tahun 1956) dan International Bible Students Association (tahun 1914).